Program Kecemerlangan UPSR

13 September 2018 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan menjelang tidak lama lagi, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah menerima satu jemputan untuk menghadiri Program Kecemerlangan UPSR yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sri Labis, Johor.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan motivasi kepada calon UPSR di sekolah tersebut. Sementara itu Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas pula diberikan slot untuk membantu para pelajar tersebut tentang cara mencari rujukan tambahan yang betul di internet. Pelajar telah ditunjukkan beberapa laman sesawang yang sahih sebagai rujukan antaranya laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, laman Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, dan laman eduwebtv.com.

Di akhir slot, sedikit panduan Klik Dengan Bijak turut diselitkan iaitu Maklumat Palsu dan Online Grooming. Taklimat ini telah berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi dan dihadiri seramai 75 orang peserta.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali